Kami sedia memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, adil dan saksama kepada semua yang berurusan dengan SK Kebun Sireh sebagaimana berikut:

(1) Berusaha memberikan pendidikan yang berkualiti dan
seimbang kepada semua murid dengan adil dan saksama.


(2) Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi serta persekitaran yang menarik.


(3) Bertanggungjawab menjaga hal keselamatan, kebajikan, kesihatan, kebersihan, disiplin murid,kaunseling dan kerjaya murid.


(4) Memastikan setiap murid menyertai aktiviti ko-kurikulum.


(5) Mengadakan kelas tambahan dan insentif untuk murid bagi menghadapi UPSR.


(6) Melahirkan murid yang menguasai LINUS, beriman dan berakhlak mulia.


(7) Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan pelajar, guru, tenaga sokongan, ibubapa, masyarakat dalam mencapai matlamat pendidikan.


(8) Mewujudkan budaya sekolah penyayang dan prihatin.
Tiada catatan.
Tiada catatan.